Monday, March 25, 2013

Kenari Homestay

Terletak di Taman Semeling Indah, Bedong, Kedah. Dilaluan antara Bedong ke Merbok atau ke Tanjung Dawai. Amat berdekatan dengan Universiti AIMST, Universiti Teknologi Mara, MRSM dan destinasi pelancongan yang lain menarik.


Rumah kembar semi-D yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air ini terletak lorong/jalan mati. Ia amat sesuai jika penginap inginkan suasana yang aman daripada hingar-bingar kenderaan. Terdapat kawasan lapang yang luas dalam kawasan rumah untuk kanak-kanak atau kaum keluarga bermain atau beriadah.


Dilengkapi 3 katil kelamin dan 1 satu katil bujang boleh memuatkan sebuah keluarga besar atau berkumpulan. Kemudahan asas juga disediakan seperti pemanas air, dapur (atas permintaan), tv satelit, cawan, gelas, pinggan, peti sejuk dan keperluan tandas.


Moga Kenari Homestay menjadi pilihan sekeluarga dan kenalan anda.

Tuesday, March 19, 2013

Destinasi

Kenari Homestay terletak ditengah-tengah antara bandar Sungai Petani dan pekan Gurun. Perjalanan sejauh 14km atau 15 minit jika memandu ke arah selatan atau utara ke Gurun. Antara destinasi yang berdekatan adalah..

1. Universiti Perubatan Sains dan Teknologi Asia (AIMST) - 2km
2. Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kedah - 6km
3. MRSM Cawangan Merbok - 8km
4. Hutan Lipur Rekreasi Tupah - 8km
5. Muzium Arkeologi Lembah Bujang - 13km
6. Tanjung Dawai - 22km
7. Jam besar, Sungai Petani - 14km
8. Pekan Gurun - 14km

..jarak diukur berdasarkan GoogleMap

Lokasi

GPS: Latitude - 5.72427, Longitude - 100.49452


View Kenari Homestay in a larger map

Bilik

Bilik Utama

Tersusun di bilik utama, 1 katil kelamin, almari dan tandas.



Bilik Tengah

Dilengkapi 1 katil kelamin, meja solek, almari dan papan seterika.



Bilik Belakang

Terdapat 1 katil kelamin dan 1 katil bujang. Sesuai untuk anak-anak remaja.

Kemudahan

Dapur

Antara kemudahan yang sediada adalah pemanas air, peti sejuk dan meja. Keperluan seperti dapur untuk memasak boleh dimohon.



Ruang Tamu

Kemudahan yang disediakan adalah set bangku duduk dan satelite TV